Friday, January 16, 2009

Semut Pun Tak Suka...

Semua semut pekerja adalah betina. Dalam kumpulan semut, pekerja biasanya tidak akan bertelur supaya menjaga telur-telur ratu, yang juga adik-beradik mereka. Peraturan ini adalah fitrah semulajadi makhluk ini.

Satu kajian telah dijalankan di antara saintis German-US mengenai semut pekerja yang menjadi agresif apabila mengetahui seekor semut lain yang cuba untuk membiak secara diam-diam. Semut ini dianggap melanggar dan menipu peraturan yang sedia ada. Semut gersang tersebut akan digigit, ditarik dan diseksa kerana melanggar undang-undang koloni semut yang hanya membenarkan ratu sahaja untuk bertelur.

Cuba bayangkan..Sedangkan semut pun tak suka ditipu, apakan pula kita sebagai manusia..renung-renungkan dan selamat beramal.

(Sumber dipetik dari news.bbc.co.uk/mobile/i/bbc_news/nature/781/78186/story7818692.shtml)

2 comments:

  1. Mungkin Semut Pekerja tu buat hubungan "terlarang".. Jadi mereka semua tak mau anak "luar nikah" dalam koloni semut tersebut..

    Ni bukan kisah sape tipu sape.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. @biliksebelah: Sbnrnye semut2 lain tu jeles kot...diorng xda peminat...ataupun mandul...xdpt bertelur

    ReplyDelete