Saturday, January 17, 2009

Jihad Islam di Palestin


Hari ini Israel telah mempertimbangkan hasrat untuk gencatan senjata di Gaza. Tetapi dalam proses pertimbangan tersebut, sebuah lagi sekolah PBB dibom menyebabkan dua kanak-kanak lelaki terbunuh. Setakat ini, lebih 1,199 penduduk Palestin terkorban termasuk 410 kanak-kanak, manakala 5,300 lagi cedera 1,630 daripadanya kanak-kanak.

Apa yang jelas, jumlah 1,199 orang yang terkorban di atas adalah para syahid yang mempertahankan tanah mereka daripada rejim Zionis laknatullah.

Jika seorang Muslim ditanya tentang isu Palestin sekarang ini, rata2 akan memberi respon seperti: 'Nasib baik aku tinggal di Malaysia yang aman damai ini. Tiada peperangan. Tiada keganasan'. Hakikatnya, ini adalah respon bagi seorang Muslim yang pengecut.

Jawapan sepatutnya bagi seorang Muslim yang berani ialah seperti contoh berikut:
'Sungguh bertuah rakyat Palestin kerana mereka adalah golongan terpilih oleh Allah yang memberi peluang kepada mereka untuk mempertahankan bumi Al-Aqsa. Jika mereka hidup, merekalah wira. Jika mereka gugur, mereka adalah para syahid dalam jihad Islam. Cuma aku tak berada di tempat mereka. Jika tidak, aku pasti akan berjuang habis-habisan'.

Bersama-samalah kita berdoa kepada saudara kita di Palestin agar menemui kejayaan dalam mempertahankan tanah air mereka dan juga Islam. Perjuangan mereka, perjuangan kita...

(Seperti yang disampaikan dalam khutbah Jumaat baru-baru ini)

Book Review: INKHEART

Aku sebenarnye agak addicted jugak kat certain novel genre fantasi. Hobi ni pun agak baru untuk aku. First book aku beli sendiri ialah pada tahun 2006. Sampai sekarang bila lalu je depan Borders, MPH or even kedai buku Ah Fatt pun, kaki aku mesti nak je singgah tengok2. Sehingga ke hari ni, koleksi buku aku untuk sume genre dah masuk 43 bijik dan aku beli satu rak khas untuk simpan kat umah. Dalam sume buku tu, cite yg paling aku suke (sampai 3-4 kali baca) ialah Fablehaven 1 & 2, Inkheart Trilogy dan Dark Forest.

Tapi kali ni aku nak review buku Inkheart sebab buku ni akan ke motion picture pada 22 Jan 2009 ni. Pada sape2 kaki wayang, sebelum tengok cite ni mesti nak tau sinopsis and plot cikit2 kan agar dalam cinema hall nanti boleh cite kuat2 kat kawan2 @ girlpren/boypren sebelah (jgn sampai kne maki hamun dgn org dh la).

Buku ni dikarang oleh Cornelia Funke, seorang penulis buku genre fantasy kanak2 dari Jerman. Orang kata dia ni J.K. Rowling (author Harry Potter) versi Jerman sebab gaya penulisannya yang menarik dan cenderung ke arah genre yang sama.

SINOPSIS
Bayangkan bila korang baca sebuah buku cerita kuat2, sume karekter yang korang sebut dalam buku tu keluar jadi kenyataan depan mata. Ni la yang cuba disampaikan melalui cite ni. Mengisahkan Mo@Mortimer, seorang bookbinder (macam doktor buku la) yang mempunyai seorang isteri (Theresa, Resa) dan seorang anak perempuan, Maggie. Masa Maggie masih kecil, Mo membacakan sebuah buku cite bertajuk INKHEART kat Resa secara kuat2 (kalau senyap2 cmne bini dia nk dengar). Pastu tetiba Resa kt sebelah dia hilang and muncul pulak ntah sape2 kat depan dia iaitu Capricorn si ketua penjahat, Basta si pembantu, Dustfinger si fire tamer (mcm org yang main api & masuk api dlm mulut kat festival la) dan lain2 karekter. Resa yang hilang tadi dah masuk ke dalam buku rupanya sebagai pertukaran jasad dgn karekter tadi...

Lepas 10 tahun berlalu, tanpa isteri di sisi Mo teruskan jgk la kehidupan. Pada satu malam, Maggie ternampak la seseorang kat depan rumah dia. Ingatkan sape rupa-rupanya orang tu ialah Dustfinger yang dah lama menghilang. Dia datang mintak Mo masukkan balik dirinya ke dalam INKHEART sebab dia rindu sangat kat dunia asal dia. Tapi Mo kata dia boleh keluarkan je, masuk balik sori la. Sambil tu, Dustfinger ada bagi warning kat Mo bahawa seseorang sedang mencarinya (sape lagi kalau bukan karekter jahat Capricorn tadi). Mereka bertiga pun larilah dari rumah tu dan pergi ke rumah makcik kepada Maggie iaitu Elinor (yg jgk kakak kepada Resa) di Itali. Elinor ni plak adalah seorang pecinta buku.

Masa stay kt umah Elinor ni diorang ingat dah safe la tapi pada satu malam, konco2 Capricorn dtg ke umah dan menangkap Mo. Dustfinger tgh wat show api kat Maggie kat luar rumah masa tu. Sume ni adalah plan belot Dustfinger sebab Capricorn janji kat dia untuk masukkan semula ke dalam INKHEART kalau dapat tangkap Mo. Atas rasa bersalah, Dustfinger pun bawak Maggie dan Elinor pergi selamatkan Mo kat markas utama Capricorn.

Tapi malangnya usaha mereka tak berjaya sebab mereka tertangkap jugak akhirnya. Capricorn sebenarnya berniat menggunakan ability Mo untuk keluarkan harta karun dari buku2 cite. Mula2 buku Treasure Island, banyaklah harta karun yang keluar. Pastu Mo baca buku 1001 Malam tapi apa yg keluar hanyalah seorang budak lelaki bernama Farid! Nak dipendekkan cite, Dustfinger berjaya membebaskan sume org kecuali Maggie, yang dipercayai mempunyai ability yg sama dengan bapaknya setelah berjaya megeluarkan Tinker Bell dari buku Peterpan.

Mo, Dustfinger, Elinor dan Farid yang berjaya meloloskan diri ni plak bercadang menghapuskan Capricorn dengan mengubahsuai cite asal INKHEART dengan ending Capricorn mati. Tapi hanya pengarang INKHEART je yang berupaya mengubahnya iaitu Fenoglio. Mereka pun meneruskan misi mencari Fenoglio yg juga tinggal di Itali. Sementara itu Capricorn plak bercadang menggunakan Maggie untuk mengeluarkan sejenis rasaksa dari INKHEART bernama Shadow yang sangat dahsyat.

So, berjayakah misi Mo untuk menghapuskan Capricorn dan konco-konconya? Adakah Shadow akan muncul setelah Maggie membacanya keluar dari buku? Mari kita saksikan di cinema pada 22 Januari ni sebab aku malas nak cite abis. Tak suspens la...


Inkheart Trilogy..Memang best. Try dulu baru tau.

Friday, January 16, 2009

Soy Nuevo y Necesitado

¡Hola! Apenas comienzo a escribir adentro aquí. Mi también en la etapa que comienza en español que aprende. Y que busca a alguien que sabe hablar español para enseñarme a través de este blog. If any mistakes or opinion, just please let me know.

Gracias

Mentakab: A Small Town Where I Grow-Up

This is Mentakab, located in the central of Pahang state. I lived in this small peace town since I was seven. My schools, playgrounds, family, friends, first love and memories all laid untouched by the time. This is where I started to learn the meaning of life. Understanding me. Understanding people. And the beginning of the outer world.

I hope that time will bring me back to those sweet memories ;-)


Bus stand in a rainy day


The town centre



Batu Asas - Historical Monument


Middle Lake




Fishing Spot


Can you spot the moon?

Semut Pun Tak Suka...

Semua semut pekerja adalah betina. Dalam kumpulan semut, pekerja biasanya tidak akan bertelur supaya menjaga telur-telur ratu, yang juga adik-beradik mereka. Peraturan ini adalah fitrah semulajadi makhluk ini.

Satu kajian telah dijalankan di antara saintis German-US mengenai semut pekerja yang menjadi agresif apabila mengetahui seekor semut lain yang cuba untuk membiak secara diam-diam. Semut ini dianggap melanggar dan menipu peraturan yang sedia ada. Semut gersang tersebut akan digigit, ditarik dan diseksa kerana melanggar undang-undang koloni semut yang hanya membenarkan ratu sahaja untuk bertelur.

Cuba bayangkan..Sedangkan semut pun tak suka ditipu, apakan pula kita sebagai manusia..renung-renungkan dan selamat beramal.

(Sumber dipetik dari news.bbc.co.uk/mobile/i/bbc_news/nature/781/78186/story7818692.shtml)

Selamat Datang..Bienvenida..Welcome..

Selamat datang ke La Sangre...

Akhirnya, lahirlah sebuah lagi blog komuniti serantau yang dah dirancang lama oleh aku. Sebelum ni aku pernah berkecimpung dalam penulisan blog (bertajuk TalkingPillow) tapi sayangnya dah lama berkubur pada tahun 2007. Aku sempat post satu topik sahaja iaitu Diet Seimbang (borink gler tajuk ni) dan aku ambik masa 2 hari untuk post topik tu! Lebih menyedihkan, oleh kerana tak mendapat sambutan, aku terpaksa ignore je sampai sekarang. Namun La Sangre yang baru ini berjanji akan memberi nafas baru dan harap-harap tak akan berkubur juga macam yang sebelumnnya.

Memandangkan ini adalah post pertama, ok jugaklah kalau aku beri penerangan sedikit tentang latarbelakang La Sangre ni. First of all, mesti ramai pembaca bukan berbangsa Sepanyol bertanya apakebenda La Sangre tu? Sebenarnya perkataan tersebut membawa maksud The Blood (dara) dan ada kisah di sebaliknya yang aku sendiri susah nak explain sekarang. Maybe di lain masa aku akan bentangkan topik ini dengan lebih mendalam. Aku dapat perkataan ni masa belajar bahasa Sepanyol dan aku slalu gunakan untuk buat login ID dalam macam2 akaun (e.g. Friendster, QUT dll).

Aku masih baru. So apa-apa kekurangan dan pandangan dari sesiapa yang tengah baca sekarang ni adalah sangat dialu-alukan.

¡Adios by now!