Saturday, January 17, 2009

Book Review: INKHEART

Aku sebenarnye agak addicted jugak kat certain novel genre fantasi. Hobi ni pun agak baru untuk aku. First book aku beli sendiri ialah pada tahun 2006. Sampai sekarang bila lalu je depan Borders, MPH or even kedai buku Ah Fatt pun, kaki aku mesti nak je singgah tengok2. Sehingga ke hari ni, koleksi buku aku untuk sume genre dah masuk 43 bijik dan aku beli satu rak khas untuk simpan kat umah. Dalam sume buku tu, cite yg paling aku suke (sampai 3-4 kali baca) ialah Fablehaven 1 & 2, Inkheart Trilogy dan Dark Forest.

Tapi kali ni aku nak review buku Inkheart sebab buku ni akan ke motion picture pada 22 Jan 2009 ni. Pada sape2 kaki wayang, sebelum tengok cite ni mesti nak tau sinopsis and plot cikit2 kan agar dalam cinema hall nanti boleh cite kuat2 kat kawan2 @ girlpren/boypren sebelah (jgn sampai kne maki hamun dgn org dh la).

Buku ni dikarang oleh Cornelia Funke, seorang penulis buku genre fantasy kanak2 dari Jerman. Orang kata dia ni J.K. Rowling (author Harry Potter) versi Jerman sebab gaya penulisannya yang menarik dan cenderung ke arah genre yang sama.

SINOPSIS
Bayangkan bila korang baca sebuah buku cerita kuat2, sume karekter yang korang sebut dalam buku tu keluar jadi kenyataan depan mata. Ni la yang cuba disampaikan melalui cite ni. Mengisahkan Mo@Mortimer, seorang bookbinder (macam doktor buku la) yang mempunyai seorang isteri (Theresa, Resa) dan seorang anak perempuan, Maggie. Masa Maggie masih kecil, Mo membacakan sebuah buku cite bertajuk INKHEART kat Resa secara kuat2 (kalau senyap2 cmne bini dia nk dengar). Pastu tetiba Resa kt sebelah dia hilang and muncul pulak ntah sape2 kat depan dia iaitu Capricorn si ketua penjahat, Basta si pembantu, Dustfinger si fire tamer (mcm org yang main api & masuk api dlm mulut kat festival la) dan lain2 karekter. Resa yang hilang tadi dah masuk ke dalam buku rupanya sebagai pertukaran jasad dgn karekter tadi...

Lepas 10 tahun berlalu, tanpa isteri di sisi Mo teruskan jgk la kehidupan. Pada satu malam, Maggie ternampak la seseorang kat depan rumah dia. Ingatkan sape rupa-rupanya orang tu ialah Dustfinger yang dah lama menghilang. Dia datang mintak Mo masukkan balik dirinya ke dalam INKHEART sebab dia rindu sangat kat dunia asal dia. Tapi Mo kata dia boleh keluarkan je, masuk balik sori la. Sambil tu, Dustfinger ada bagi warning kat Mo bahawa seseorang sedang mencarinya (sape lagi kalau bukan karekter jahat Capricorn tadi). Mereka bertiga pun larilah dari rumah tu dan pergi ke rumah makcik kepada Maggie iaitu Elinor (yg jgk kakak kepada Resa) di Itali. Elinor ni plak adalah seorang pecinta buku.

Masa stay kt umah Elinor ni diorang ingat dah safe la tapi pada satu malam, konco2 Capricorn dtg ke umah dan menangkap Mo. Dustfinger tgh wat show api kat Maggie kat luar rumah masa tu. Sume ni adalah plan belot Dustfinger sebab Capricorn janji kat dia untuk masukkan semula ke dalam INKHEART kalau dapat tangkap Mo. Atas rasa bersalah, Dustfinger pun bawak Maggie dan Elinor pergi selamatkan Mo kat markas utama Capricorn.

Tapi malangnya usaha mereka tak berjaya sebab mereka tertangkap jugak akhirnya. Capricorn sebenarnya berniat menggunakan ability Mo untuk keluarkan harta karun dari buku2 cite. Mula2 buku Treasure Island, banyaklah harta karun yang keluar. Pastu Mo baca buku 1001 Malam tapi apa yg keluar hanyalah seorang budak lelaki bernama Farid! Nak dipendekkan cite, Dustfinger berjaya membebaskan sume org kecuali Maggie, yang dipercayai mempunyai ability yg sama dengan bapaknya setelah berjaya megeluarkan Tinker Bell dari buku Peterpan.

Mo, Dustfinger, Elinor dan Farid yang berjaya meloloskan diri ni plak bercadang menghapuskan Capricorn dengan mengubahsuai cite asal INKHEART dengan ending Capricorn mati. Tapi hanya pengarang INKHEART je yang berupaya mengubahnya iaitu Fenoglio. Mereka pun meneruskan misi mencari Fenoglio yg juga tinggal di Itali. Sementara itu Capricorn plak bercadang menggunakan Maggie untuk mengeluarkan sejenis rasaksa dari INKHEART bernama Shadow yang sangat dahsyat.

So, berjayakah misi Mo untuk menghapuskan Capricorn dan konco-konconya? Adakah Shadow akan muncul setelah Maggie membacanya keluar dari buku? Mari kita saksikan di cinema pada 22 Januari ni sebab aku malas nak cite abis. Tak suspens la...


Inkheart Trilogy..Memang best. Try dulu baru tau.

No comments:

Post a Comment