Saturday, January 17, 2009

Jihad Islam di Palestin


Hari ini Israel telah mempertimbangkan hasrat untuk gencatan senjata di Gaza. Tetapi dalam proses pertimbangan tersebut, sebuah lagi sekolah PBB dibom menyebabkan dua kanak-kanak lelaki terbunuh. Setakat ini, lebih 1,199 penduduk Palestin terkorban termasuk 410 kanak-kanak, manakala 5,300 lagi cedera 1,630 daripadanya kanak-kanak.

Apa yang jelas, jumlah 1,199 orang yang terkorban di atas adalah para syahid yang mempertahankan tanah mereka daripada rejim Zionis laknatullah.

Jika seorang Muslim ditanya tentang isu Palestin sekarang ini, rata2 akan memberi respon seperti: 'Nasib baik aku tinggal di Malaysia yang aman damai ini. Tiada peperangan. Tiada keganasan'. Hakikatnya, ini adalah respon bagi seorang Muslim yang pengecut.

Jawapan sepatutnya bagi seorang Muslim yang berani ialah seperti contoh berikut:
'Sungguh bertuah rakyat Palestin kerana mereka adalah golongan terpilih oleh Allah yang memberi peluang kepada mereka untuk mempertahankan bumi Al-Aqsa. Jika mereka hidup, merekalah wira. Jika mereka gugur, mereka adalah para syahid dalam jihad Islam. Cuma aku tak berada di tempat mereka. Jika tidak, aku pasti akan berjuang habis-habisan'.

Bersama-samalah kita berdoa kepada saudara kita di Palestin agar menemui kejayaan dalam mempertahankan tanah air mereka dan juga Islam. Perjuangan mereka, perjuangan kita...

(Seperti yang disampaikan dalam khutbah Jumaat baru-baru ini)

No comments:

Post a Comment