Aku suke main game. Bagun tido sampai nak tido pun main game. Dari kecik lagi masa zaman game Sega dulu tengah top aku dah stat main. Masa tu baru dajah tiga. Cakap je game ape, sume aku dah cuba dari game klasik cam Tetris, Super Mario, Donkey Kong, Contra, Road Fight, Ninja Turtle, Ice Climbing, Pacman and Duck Hunt sampai la game agak moden cam Street Fighter or Tekken.
Kadang2 mak aku marah jugak sebab asyik main sampai taknak makan nasi and tak basuh kasut sekolah. Ada sekali mak aku tak bagi main langsung dah sebab dah tahap kritikal aku punya addicted. Game dgn tv2 skali kene ban, tak bole guna sampai seminggu. Frust jugak.
Namun, oleh kerana darjah ketaksuban yang sangat tinggi, aku sanggup bangun tengah malam masa orang sume dah tido dgn layan Street Fighter. Sume ni idea gile abang aku. Juga seorang otak game. Time nak pegi sekolah je mata bengkak n lebam and bila cikgu tanya aku jawab wat homework sampai pagi. Padahal tak tido sampai pukul 4 pagi layan benda tu.
Penah masa taun 1997 aku dgn abang aku kongsi duit raye taun tu yang agak masyuk jgk la dalam RM70 untuk beli joystick baru. Yang lama dah rosak kene hempas dengan bapak aku sebab asyik berebut adik aku yg kecik nak main Pacman. Sebulan lebih jugak la hilang arah tujuan tanpa game kesayangan. Tapi sebab addicted punya pasal aku sanggup beli guna duit pendapatan hasil kutipan dari rumah ke rumah. Aku excited kembali.
Tapi tu dulu. Skrg dah ada macam2 platform game baru dan lagi canggih dari zaman 90an dulu. Aku still tak ketinggalan main game PC, Game Boy Advance SP dgn PSP. Tapi sekarang tinggal PSP je (beli taun 2008) sebab Game Boy aku dh masuk air time banjir kat kampung dulu. Nak tolak kedai pun cina tu wat muka buruk je sebab GB aku dah takde harapan nak repair. Sedey woo...
Dalam masa yang sama aku berjinak2 main game PC. Mula2 macam tak berapa berkenan sebab aku biasa main handheld game je, pakai mouse ni tak berapa pandai. Tapi sejak aku try Warcraft dgn Age of Mythology, best jugak rupanya. Lepas pada tu aku terus beli mcm2 game strategy yg ada kat pasaran. Kadang2 game Yahoo mcm Feeding Frenzy and Zuma pun aku layan.
Akhirnya, sejarah lama berulang kembali. Aku main sampai pagi. Mata pun lebam lagi. Tapi kali ni nasib lecturer tak tanya mcm kat skolah dulu, kalau tak aku ingat nak bagi jawapan yg sama - wat assignment -. Hohoho... Otak orang main game memang slalunya genius.
Sejak melangkah ke alam pekerjaan ni aku makin kurang dengan hobi lama ni. Maybe sebab sibuk sket kot. Ingatkan hobi aku ni dah berkubur. Tapi sejak akhir2 ni tabiat lama datang lagi. Game dalam Facebook plak. Mmg berlambak. Sampai tak termain kesemuanya. Sekarang ada dua game yang aku slalu hadap tiap2 waktu free. Dragon of Atlantis dgn Vampire Wars. Nampak mcm bodoh je game ni. Dalam pandangan sinis tu, aku dah jd addicted lg. Harap2 takde sape tegur kalau mata aku bengkak macam panda esok. Sebab aku dah takde reason nak bagi...